Penyerang Korea Selatan, Son Heung-min, berkata dia tidak akan terlepas beraksi di Piala Dunia Qatar 2022, mengesahkan dia bebas daripada kecederaan dan bersedia untuk kejohanan itu.

Penyertaan penyerang Tottenham itu diragui selepas mengalami keretakan berhampiran mata kirinya ketika pertembungan Liga Juara-Juara menentang Marseille pada awal bulan ini.

Pengendali kelab, Antonio Conte sebelum ini menyatakan adalah 'mustahil' bagi pemain itu untuk beraksi bersama Spurs sebelum cuti pertengahan musim, mencetuskan kebimbangan dia boleh terlepas Piala Dunia sepenuhnya.

Son -- yang mempunyai 35 gol dalam 104 penampilan senior untuk Korea Selatan -- telah mendedahkan dia akan cergas untuk beraksi, dan dia dijangka menyertai negaranya di Qatar.

"Saya hanya mahu meluangkan sedikit masa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua atas mesej sokongan yang saya terima sepanjang minggu lepas," tulis penyerang itu di Instagram.

"Saya telah membaca begitu banyak daripada mereka dan saya benar-benar menghargai anda semua.

"Dalam masa yang sukar saya menerima banyak kekuatan daripada anda. Bermain untuk negara anda di Piala Dunia adalah impian semua pemain bola sepak sejak kecil lagi.

"Saya tidak akan terlepas beraksi di pentas terbaik itu. Saya tidak sabar untuk mewakili negara Korea Selatan yang cukup indah. Jumpa anda tidak lama lagi."

Berita mengenai ketersediaan Son untuk pasukan Korea Selatan akan hadir sebagai lonjakkan besar, dengan pemain berusia 30 tahun itu -- ahli skuad Brazil 2014 dan Russia 2018 mereka -- kini bersedia untuk penampilan yang ketiga di Piala Dunia.

Penyerang Spurs itu perlu membuat hanya satu penampilan lagi untuk menduduki tempat ke-10 dalam senarai sepanjang masa negara itu dalam bola sepak antarabangsa lelaki, bersama Kim Tae-young dan Lee Dong-gook dengna 105 kaps.

Korea Selatan memulakan kempen mereka menentang Uruguay pada 24 November.