Raphinha berharap Brazil akan menemui sebab untuk menari dalam meraikan jaringan di Piala Dunia Qatar dan bergurau skuad kendalian Tite sudah melatih 10 rutin tarian bagi setiap jaringan.

Brazil adalah antara pasukan pilihan kejohanan di Qatar menjelang aksi pembukaan Kumpulan G Khamis ini menentang Serbia ketika Selecao menyasarkan kejayaan Piala Dunia pertama sejak 2002.

Pemain sayap Barcelona, Raphinha adalah salah seorang daripada yang memberikann sokongan terhadap Vinicius Junior, yang diberitahu pada September oleh seorang wartawan Sepanyol untuk berhenti menari 'untuk menghormati rakan sepasukan dan berhenti menari seperti monyet'.

Gabriel Jesus, Neymar dan Richarlison -- kesemua skuad 26 pemain Brazil di Timur Tengah -- antara sebilangan besar yang menyokong rakan senegaranya itu.

Raphinha nampaknya bakal turun dalam kesebelasan utama juara dunia lima kali itu dan dia berhasrat untuk memberi sebab kepada Brazil untuk meraikannya dengan penuh bergaya di Piala Dunia.


"Sebenarnya, kami sudah menyediakan 10 tarian untuk gol-gol kami," kata Raphinha yang optimis pada hari Isnin.

"Kami menyediakan kira-kira 10 tarian untuk setiap perlawanan, satu untuk yang pertama, satu untuk yang kedua, satu untuk yang ketiga... Jika kami menjaringkan lebih daripada 10, maka kami perlu mula berinovasi."

Pedro, Antony dan Gabriel Martinelli adalah pilihan penyerang lain antara pilihan Tite dan Raphinha tidak ragu-ragu Brazil akan bermain bola sepak secara bebas.

"Dengan Vinicius, kami mendapat lebih kelajuan dalam serangan, manakala dengan [Lucas] Paqueta kami mempunyai lebih banyak kawalan di bahagian tengah," tambah bekas penyerang Leeds United, Raphinha.

"Tetapi Brazil mempunyai ciri-ciri yang sentiasa meletakkan keutamaan untuk menyerang, tidak kira siapa yang boleh bermain."