Hakim Ziyech memerlukan "perubahan persekitaran" dan harus menyertai Manchester United berbanding Chelsea, kata bekas pemain antarabangsa Maghribi, Mustapha El Haddaoui, kepada Stats Perform.

Kelibat pemain berusia 29 tahun itu kurang tidak disenangi di Stamford Bridge apabila sekadar membuat satu permulaan dan lima penampilan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Bagaimanapun, Ziyech mempamerkan watak berbeza di peringkat antarabangsa sebaik kembali ke pangkuan Maghribi berikutan penyingkiran Vahid Halilhodzic dan pelantikan Walid Regragui.

Ziyech memainkan peranan penting dalam persembahan cemerlang pasukan itu dalam kempen Piala Dunia di Qatar yang menyaksikan skuad Atlas Lions layak ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah selain muncul pasukan Afrika pertama yang mara ke suku akhir sejak Ghana melakukannya pada 2010.

Lantas, El Haddaoui menggesa perubahan yang sama di peringkat kelab kerana dia ingin melihat pemain itu bersatu semula dengan Erik ten Hag, yang pernah melatihnya di Ajax.

"Dia perlu menukar angin kerana di sana, (Chelsea) tidak mempercayainya. Sekarang dia bangkit dengan cemerlang," katanya.

"Masalahnya berpunca daripada Vahid yang enggan menyenaraikannya. ia mengganggunya.

"Dalam pasukan kebangsaan, apabila tiba tarikh kalander FIFA, semua pemain menyertai pasukan negara masing-masing. Dia pula kekal di London dan asyik memikirkannya.

“Dia melihat pemain di sekelilingnya di Chelsea mendapat panggilan pasukan kebangsaan, dia berada di tahap yang sama malah lebih hebat dan keyakinannya mula menurun.




“Jurulatih yang berada di sana atau yang tiba selepas itu tidak begitu yakin dengannya.

"Selepas itu, apabila tidak beraksi, jarang beraksi, motivasinya akan merudum dan ia boleh menjejaskan rentaknya dalam perlawanan sebenar.

"Sekarang kita dapat lihat potensi sebenarnya, kita dapat lihat keupayaannya jadi dia akan menerima tawaran.




"Dia perlu meninggalkan Chelsea atau pergi ke Manchester United memandangkan bekas jurulatih Ajax mahukannya, dia pernah berada dalam pasukan kendaliannya.

"Tetapi dia akan bangkit semula. Sekarang dia perlu angkat kaki ketika jendela perpindahan."