Jan Vertonghen 'menyerang' rakan sepasukan, Kevin De Bruyne dan Eden Hazard, berikutan kekalahan mengejut Belgium kepada Maghribi, malam tadi.

Piala Dunia di Qatar dianggap sebagai peluang terakhir generasi emas The Red Devils untuk mengukir kegemilangan tetapi pasukan asuhan Roberto Martinez itu terpaksa akur dengan jaringan Romain Saiss dan Zakaria Aboukhlal untuk memastikan kemenangan 2-0 skuad Atlas Lions.

Sebelum pertembungan Kumpulan F itu, De Bruyne dan Hazard berkata Belgium akan lebih lebih bersedia untuk menjuarai edisi kali ini berbanding empat tahun lalu yang menyaksikan mereka dikecewakan 0-1 oleh Perancis dalam separuh akhir.

"Kami terlalu tua. Saya rasa peluang kami (untuk jadi juara) adalah pada 2018," kata pertahanan itu.

“Kami mempunyai sebuah pasukan yang bagus tetapi ia makin tua.

"Kami kehilangan pemain utama. Kami mempunyai muka baru yang bagus tetapi mereka tidak berada di seperti skuad 2018. Saya lebih melihat kami sebagai 'underdog'."



Ketua pasukan, Hazard, turut berasakan pasukannya mempunyai peluang lebih besar di Russia, menambah: "Kami tidak mempunyai tiga pertahanan tengah terpantas di dunia tetapi mereka menyedarinya."

Berikutan gagal mencipta sebarang jaringan ketika berdepan dengan Maghribi, malam tadi, sejurus kemenangan 1-0 ke atas Kanada, Belgium merupakan pasukan paling sedikit mencetak gol selepas dua perlawanan pembukaan mereka dalam temasya itu yang menyaksikan mereka sama sekali tumpul dalam edisi 1930.

Vertonghen kelihatan mencemuh rakan sepasukannya ketika berucap di zon media susulan kekalahan itu.

“Saya rasa serangan kami teruk kerana kami juga terlalu tua di barisan hadapan,” katanya.

Kekalahan kepada naib juara 2018, Croatia, dalam perlawanan terakhir Kumpulan F, Khamis ini, bakal mengundang penyingkiran awal, lantas Thibaut Courtois menegaskan The Red Devils perlu meningkatkan permainan mereka.

“Kami sedar bahawa Croatia adalah sebuah pasukan yang cemerlang, mereka mempunyai pemain berbakat dan tersusun dengan baik,” katanya.

“Mereka bijak mengatur serangan balas, satu lawan satu dan tiada cacat cela.

"Ia akan menjadi seperti perlawanan akhir -- lagipun, mereka adalah finalis Piala Dunia yang lalu.

"Setakat ini, kami tidak beraksi dengan baik dalam kejohanan ini dan jika kami mahu menang, kami perlu meningkatkan tahap sendiri."