Paul Pogba mungkin kembali bersama Juventus lebih awal daripada program asal pemulihan lututnya.

Menurut laporan Tuttosport, pemain tengah itu yang terlepas aksi sejak Julai lalu dan menjalani pembedahan awal bulan lalu, kini menaruh harapan untuk memperkuatkan Bianconerri bulan depan bagi meningkatkan peluangnya menyertai skuad Piala Dunia Perancis.

10 hari akan datang bakal menjadi titik tolak kepada status Pogba yang kini menjalani pemulihan peringkat awal di kolam renang dan gimnasium sebelum dijangka beralih ke sesi latihan di atas padang tidak lama lagi.




Bekas tonggak Manchester United itu masih perlu membuktikan kualitinya di atasnya apabila pengendali Perancis, Didier Deschamps, memberi amaran bahawa dia tidak akan memilih sebarang pemain bersandarkan reputasi semata-mata.

"Dia tidak akan terpilih hanya kerana dia merupakan 'rangka kerja' (tonggak) skuad ini, kata jurulatih itu kepada pemberita.

"Jika dia tidak beraksi dan tidak berada dalam prestasi terbaik, tiada gunanya. Dia sendiri tidak mahu terpilih."