Neymar menjangkan Piala Dunia tahun depan akan menjadi yang terakhir baginya bersama Brazil dan percaya tanpa kekuatan mental yang tinggi untuk mengharungi kariernya selepas itu.

The Selecao di landasan terbaik untuk layak ke Qatar, mendahului peringkat kumpulan Piala Dunia dengan rekod sembilan kemenangan daripada sembilan perlawanan.

Skuad kendalian Tite juga berkelebihan 13 mata berbanding penghuni tangga kelima, Colombia, dengan empat terbaik dalam saingan CONMEBOL diberikan jaminan untuk layak pusingan akkir.

Bagi Neymar, Qatar akan menjadi Piala Dunia yang ketiga, selepas turut mewakilinya pada 2014 dan 2018.

Bagaimanapun, penyerang Paris Saint-Germain itu telah memenangi Piala Konfederasi (2013) dan pingat emas Sukan Olimpik (2016).