Berikutan pendekatan menamatkan kontrak Stefan Nikolic dan Alex Goncalves, Melaka United sah menyambar dua penyerang dari Brazil.

Ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan, mendedahkan Giovane da Silva serta Adriano Narcizo menjadi pilihan Sang Kancil atas memenuhi kriteria tertentu.

"Mereka mengalami sesama sendiri.

"Dalam masa singkat ini (untuk wujudkan persefahaman mereka), jadi banyak kerja dalam masa singkat.

"Mereka mempunyai pengalaman yang baik jadi lebih mudah untuk menyerap mereka dalam pasukan,," katanya dalam Nadi Arena sebentar tadi.




Urusan jendela perpindahan kedua buat kelab dari selatan tanah air itu juga tidak terhenti dengan kehadiran duo Amerika Selatan tersebut.

Fokus mereka selepas ini akan beralih kepada bahagian tengah dan pertahanan yang membabitkan bakat tempatan.

"Ada permintaan untuk saya tambah pemain tempatan tetapi kami masih menanti dan cuba mendapatkan lampu hijau daripada kedua-dua pihak.

"Jadi dalam masa terdekat ini, mungkin ada pemain tempatan yang akan kami buat penambahan."