Pertemuan di antara Terengganu dan Negeri Sembilan sudah pasti akan menarik perhatian ramai pencinta-pencinta bola sepak tanah air untuk mengetahui kedudukan seterusnya bagi kedua-dua pasukan ini.
Semua sudah maklum ketika ini skuad Sang Penyu begitu ingin kemenangan agar kedudukan dalam carta Liga Super terus meningkat setidak-tidaknya dapat menyamai kedudukan musim lalu. Ini sudah tentu akan memberi sedikit tekanan kepada anak didik Nafuzi Zain itu apabila berhadapan skuad Hobin Jang Hobin yang mula menunjukkan kebangkitan setelah mendapat kembali sentuhan penyudah yang tajam.
Ini akan menguji sejauh mana kemampuan benteng pertahanan Terengganu itu untuk melayani ketajaman penyerang Negeri Sembilan terutama penyerang yang baru sahaja di bawa K Devan iaitu Gustavo Almeido Dos Santos. Pemain ini telah menunjukkan persefahaman yang baik dengan pemain-pemain tempatan
selain pemain midfield Negeri Sembilan Yashir Islame Pinto. Inilah masa terbaik untuk Gustavo menguji kemampuan dirinya untuk terus memperdaya pertahanan Sang Penyu yang diketuai Pape Diakite kerana ketika ini prestasi pertahanan Terengganu agak membimbangkan.
Sekiranya pemain-pemain midfield dan penyerang Negeri Sembilan terutama Gustavo dapat mengambil kesempatan itu pasti skuad Hobin Jang Hobin ini mampu mengejutkan anak didik Nafuzi Zain di Terengganu kerana kemenangan ini amat penting bagi Negeri Sembilan untuk memastikan skuad kendalian K Devan itu terus memberikan saingan dalam perebutan juara liga dan memcari slot ke Piala AFC musim hadapan. Ini peluang terbaik juara Liga Perdana musim lalu untuk terus perkukuh jenama Hobin Jang Hobin.
Sementara bagi Skuad Sang Penyu pula kekentalan bahagian pertahanan mereka akan di uji sekali lagi, sekiranya inginkan kemenangan Nafuzi Zain perlu memperbaiki persefahaman dan konsentrasi pemain-pemain pertahanan dan midfield mereka supaya tidak mudah dibolosi. Jika ingin keluar dari situasi kedudukan Liga Super ketika ini, itu yang perlu diperbaiki kerana kedudukkan terkini Sang Penyu pasti akan mengundang tekanan kepada pemain-pemainnya. Apatah lagi harapan penyokong-penyokong fanatik Terengganu untuk melihat kembali pasukan kesayangannya itu bangkit dan ini akan menjadikan perlawanan di antara Terengganu dan Negeri Sembilan menarik untuk diikuti.
Hasnizam Uzir
Tue Jun 28 2022


JDT kukuh kedudukan di persada liga
Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super selepas meraih kemenangan 2-1 mengatasi Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, sebentar tadi.

Dollah puji peningkatan prestasi Sri Pahang FC
Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Datuk Dollah Salleh, memuji aksi dipersembahkan setiap barisan anak buahnya yang berdisiplin dan melaksanakan percaturan disediakan sehingga gol terhasil melalui Malik Mat Ariff, Steven Rodriguez dan Manuel Hidalgo.

Devan anggap Negeri Sembilan berhak peroleh kemenangan
'Mudah gol, mudah bolos', itu kata-kata jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan, yang enggan menekan butang panik dengan prestasi benteng pertahanan di sebalik kejayaan menundukkan Penang FC 3-2 dalam saingan Liga Super di Stadium Paroi semalam.

Bidoglio peroleh kemenangan pertama bersama JDT
Pengendali baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio, meraih kemenangan pertama selepas mengatasi Kuala Lumpur City FC 5-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Negeri Sembilan buat Selangor 'putih mata' di Stadium MBPJ
Negeri Sembilan FC menampilkan kebangkitan luar biasa ketika menewaskan Selangor FC 3-2 dalam aksi Liga Super, sebentar tadi

Amri masih relevan, sumbang gol kemenangan Sabah
Penyerang veteran Sabah FC, Amri Yahyah, membuktikan kemampuannya masih relevan selepas menjaringkan dua gol bagi memastikan kemenangan 2-1 ke atas Melaka United dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Disiplin kunci Sri Pahang atasi Selangor FC -- Dollah Salleh
Sri Pahang FC menggagalkan misi Selangor untuk meraih kemenangan pertama di tempat lawan dalam saingan Liga Super musim ini apabila menundukkan skuad Gergasi Merah 2-0 semalam.

Kim Swee lega percaturan buah hasil
Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, lega percaturan saat akhirnya berhasil selepas sabah berjaya bangkit membalas dua jaringan pada separuh masa kedua walaupun lawan terlebih dahulu di depan dengan satu jaringan.

Masa depan JDT tetap positif tanpa Mora -- Richard
Timbalan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), Datuk Richard Scully, tetap memandang positif masa depan JDT biarpun tanpa Mora sambil menyifatkan sentuhan jurulatih lain tetap mampu menambah gemilang pasukan itu,

Asri akui gembira pastikan kemenangan buat Melaka United
Pertembungan mentor dan protege menggambil tempat di Stadium Hang Jebat semalam dengan sekembalinya Zainal Abidin hassan bertemu bekas pembantunya, Asri Ninggal membawa kesan mendalam buat kedua dua pasukan -- pada ketika Penang FC kekal di tangga tercorot, Melaka United pula kini dalam kalangan enam pasukan terbaik Liga Super 2022.

NBA announces the retirement of Bill Russell's number six jersey league-wide
No NBA player will wear the number six on their jersey again after the league announced it would be retired in honour of Bill Russell.

Tedesco: Werner 'needs to enjoy what's he's doing' after returning to RB Leipzig from Chelsea
RB Leipzig coach Domenico Tedesco wants to see Timo Werner playing with a smile on his face after leaving Chelsea.

Premier League fantasy picks: Is James Maddison the midfield addition you need?
Stats Perform provides four options for your Premier League fantasy team as the season continues this weekend.

Napoli announce Sirigu signing as Italy goalkeeper joins on free transfer
Salvatore Sirigu has joined Luciano Spalletti's Napoli on a free transfer after leaving Genoa.

Bremer highlights Chiellini and Bonucci influence as Juventus new boy targets Brazil World Cup squad
Juventus new boy Gleison Bremer is hoping to earn a first international call-up after learning from two of the Bianconeri's defensive icons.

Chelsea's Fofana bids 'nowhere near' Leicester valuation, claims Rodgers
Chelsea are reportedly keen on bringing Wesley Fofana to Stamford Bridge, but Leicester City are desperate to retain his services.

Sterling insists abuse not on his mind, Chelsea 'tailor made'
With just 23 league starts last term, Raheem Sterling feels he can achieve his goals for the future with Chelsea after his arrival.

Galtier eyes another forward signing for PSG with Icardi free to leave
Paris Saint-Germain are set to lose two more forwards in the transfer market and Christophe Galtier is looking for a fresh addition.

Former New Zealand batsman Taylor reveals racism experience during playing career
Ross Taylor claims he endured racist comments from colleagues and team-mates during his international career with New Zealand.

Elliott pens new long-term contract with Liverpool
Harvey Elliott has been rewarded by Liverpool with a long-term contract, just a year after signing his previous deal.