Graham Potter telah bersetuju secara lisan untuk mengemudi Chelsea dan pelantikannya mungkin tidak perlu menunggu lama.

Pengurus itu memacu Brighton menghuni tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas enam perlawanan musim ini dan media Telegraph serta Athletic melaporkan pengesahan pelantikannya akan diumumkan malam ini.

Thomas Tuchel mengosongkan kerusi panas di Stamford Bridge itu berikutan kekalahan 0-1 The Blues kepada Dinamo Zagreb dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara (UCL), semalam.

Justeru, tugas pertama Potter ialah menaikkan moral barisan kelab London itu bagi melayani kunjungan singkat Fulham, Sabtu ini.