Frank Lampard kesal Everton tidak dihadiahkan sepakan penalti dalam separuh masa pertama ketika mereka tewas 0-1 kepada Newcastle United, awal pagi tadi.

Skuad asuhan Eddie Howe itu memastikan mata penuh menerusi jaringan pemisah Miguel Almiron pada minit ke-31 di St James’ Park.

Bagaimanapun, Lampard kecewa apabila Dan Burn terlepas sebarang hukuman kerana menolak Anthony Gordon di dalam kotak penalti sebelum rehat.

Lampard memberitahu pemberita selepas perlawanan: “Apa yang saya gusarkan adalah semua orang dapat melihat insiden terhadap Anthony Gordon tetapi rayuan ditolaknya mentah-mentah.

“Kesalahan dari belakang mahupun sentuhan di kaki, bagi saya itu adalah penalti.




"Saya rasa VAR (video bantuan pengadil) tersedia untuk mereka mengesannya. Ia cukup jelas, ia satu kesilapan yang kami tidak mahukan.

"Sama ada ia satu sepakan penalti atau tidak, secara peribadinya saya rasa ia adalah satu kekasaran.”