Gagal pada musim lalu tidak bermakna ia akan gagal pada musim berikutnya itu yang telah dibuktikan oleh skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila berjaya membawa pulang piala yang tertua di Asia iaitu Piala Malaysia buat kali ke tiga ke bumi Jauhar setelah menewaskan Selangor.

Ini merupakan kejuaraan kali ke tiga Harimau Selatan menjulang Piala Malaysia dan juga menjadi satu sejarah baru dalam arena bola sepak negara apabila kelab yang dimiliki Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, merangkul keseluruhan pertandingan di peringkat domestik bermula dengan Piala Sumbangsih,Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.

Berdasarkan prestasi dan semangat juang yang dipamirkan pemain-pemain Harimau Selatan musim ini memang sudah dijangkakan yang anak didik Hector Bidoglio mampu mencipta kemenangan ke atas The Red Giants.





Itu boleh dilihat bagaimana juara liga dari selatan itu bangkit dari ketinggalan dan seterusnya menggekalkan rekod tanpa kalah sepanjang tahun dalam liga domestik ini.

Pemain-pemain Johor DT itu tidak rasa tertekan sebaliknya terus fokus dan menggekalkan konsentrasinya serta percaya pada kekuatan dan kemampuan diri mereka.




Itu yang dibuktikan Bergson Da Silva apabila berjaya menjadi penjaring terbanyak semusim dan sepanjang zaman setelah mengumpul 46 jaringan dari keseluruhan perlawanan yang disertai Harimau Selatan baik di peringkat domestik dan Asia.

Ini satu lagi pencapaian yang luar biasa dari pemain kelab dari selatan itu, ia bukan sahaja menjadi pujaan penyokong tetapi menjadi idola juga kepada pemain-pemain tempatan terutama pemain-pemain muda.

Begitu juga dengan pemain tempatan seperti Aiman Arif Hanapi yang menjadi pemain paling bernilai untuk Harimau Selatan dan Malaysia. Beliau juga berjaya melakukan 20 bantuan jaringan musim ini untuk memastikan rakan-rakannya mampu melakukan penyudah.



Dengan statistik prestasi dan kejayaan yang diperolehi Harimau Selatan semenjak dijenamakan semula pada tahun 2013 itu ia telah menjadikan kelab dari selatan itu sebuah kelab yang berjaya di Malaysia. Itu dibuktikan dengan kelab pertama di Malaysia yang berjaya menggekalkan kejuaraan Liga Super sembilan kali berturut-turut dan mengondol semua piala domestik musim ini serta layak ke suku akhir Piala Juara-juara AFC. Dengan pencapaian JDT semua itu ia telah diiktiraf oleh semua peminat-peminat bola sepak Malaysia sebagai “King of Malaya” setelah direvolusikan oleh TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.