Pemain tengah Milan, Tiemoue Bakayoko, telah ditahan oleh penguatkuasa sambil diacukan senjata pada awal bulan ini dalam apa yang disifatkan polis sebagai salah faham.

Pemain dari Perancis itu diarahkan berhenti oleh pegawai bersenjata pada 3 Julai lalu dan rakaman video menunjukkan dia digeledah.

Kelab itu secara rasmi enggan mengulas mengenai perkara itu tetapi mengesahkan bahawa rakaman berkenaan membabitkan pemain berusia 27 tahun tersebut.

Satu kenyataan daripada Polis Milan yang dikeluarkan kepada saluran CNN semalam mengesahkan bahawa mereka telah tersilap menahan seseorang sambil menegaskan tindakan itu adalah sah, malah Bakayoko tidak berusaha untuk mengambil sebarang tindakan.

"Dengan merujuk kepada video yang diterbitkan hari ini, ia berkaitan pemeriksaan polis yang dijalankan terhadap pemain Milan, Tiemoue Bakayoko.




"Kami menegaskan bahawa dalam pemeriksaan itu -- operasi yang dijalankan adalah dalam konteksnya untuk mewajarkan penggunaan langkah keselamatan tertinggi termasuk bagi tujuan perlindungan diri telah dijalankan dengan cara yang benar-benar tekal dalam situasi bahaya," kata satu kenyataan polis.

"Apabila orang itu dikenal pasti dan terbukti dia tidak kaitan, tugas polis tetap diteruskan tanpa sebarang rungutan bagi pihak yang terlibat.

"Ia hanyalah salah faham tetapi rakan sekerja kami berkelakuan dengan betul."

Bakayoko masih dipinjamkan oleh Chelsea untuk musim kedua dalam tempoh pinjaman keduanya di San Siro.