Muzaffar Musa
Thu Oct 14 2021

David Brooks yakin dia akan pulih sepenuhnya dan dapat kembali beraksi selepas pemain tengah Bournemouth dan Wales itu disahkan menghidap kanser.
Brooks menyertai pasukan Wales minggu lalu tetapi terpaksa meninggalkan tugasan antarabangsanya bagi menjalani pemeriksaan kesihatan, yang kemudian mengenal pasti bahawa dia menghidap kanser limfoma Hodgkin tahap dua.
Pemain berusia 24 tahun itu akan memulakan rawatannya minggu depan.
Dia berkata dalam satu kenyatan: "Ini merupakan satu mesej yang amat sukar untuk saya tulis.
"Saya telah didiagnosis dengan limfoma Hodgkin tahap dua dan akan memulakan rawatan saya minggu depan.
"Walaupun perkara ini mengejutkan saya dan keluarga saya, prognosisnya merupakan sesuatu yang positif dan saya yakin bahawa saya akan pulih sepenuhnya dan dapat kembali beraksi secepat mungkin.
"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada doktor, jururawat, penasihat dan staf yang telah merawat saya dengan penuh sikap profesional, mesra dan memahami saya sepanjang waktu ini.
"Saya mahu berterima kasih kepada semua orang dalam Persatuan Bolasepak Wales kerana tanpa perhatian segera daripada pasukan perubatannya, kami mungkin tidak dapat mengesan penyakit ini.
"Saya juga mahu berterima kasih kepada AFC Bournemouth atas sokongan dan bantuan mereka sepanjang minggu lalu," katanya.

Piala Merlion: Malaysia bergelar juara selepas atasi Hong Kong
Skuad B-22 negara muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Merlion selepas menewaskan Hong Kong 2-1 dalam aksi final di Singapura sebentar tadi.

Persahabatan Antarabangsa: Dominic sambut baik persaingan rebut posisi pertahanan tengah
Dominic Tan menyambut baik persaingan bagi merebut posisi pertahanan tengah skuad kebangsaan bersama ketua pasukan, Dion Cools, selain Feroz Baharudin dan Khuzaimi Piee.

Safawi gembira lihat layanan 'kelas pertama' buat Harimau Malaya di JDT
Penyerang negara, Safawi Rasid, gembira apabila rakan seperjuangannya mendapat layanan 'kelas pertama' sepanjang kem latihan pusat di Johor ketika ini.

Arif Aiman, Endrick terlepas aksi bertemu Hong Kong
Pemain sayap, Arif Aiman Mohd Hanapi, dan pemain tengah, Endrick Dos Santos, disahkan tidak akan beraksi dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong pada Selasa ini.

Syihan Hazmi mahu pastikan gawang Harimau Malaya tidak bolos lawan Hong Kong
Penjaga gol Harimau Malaya, Syihan Hazmi Mohamed, mengingatkan rakan sepasukannya agar kekal fokus dan memastikan pintu gol negara tidak dibolosi ketika berdepan Hong Kong dalam aksi persahabatan antarabangsa tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Selasa ini.

Piala Merlion: Haqimi Azim akui skuad negara perlu beraksi lebih kukuh dalam final
Penyerang sensasi skuad B-22 negara, Haqimi Azim Rosli, mengakui barisan pemain negara perlu mempamerkan aksi lebih kukuh menjelang final Piala Merlion menentang Hong Kong di Singapura malam esok.

Liga Super: Bernhardt dilantik pengarah teknikal Kelantan FC
Bekas ketua jurulatih skuad B-23 negara, Frank Bernhardt, dilantik sebagai Pengarah Teknikal Kelantan FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Persahabatan Antarabangsa: Endrick azam beri aksi terbaik lawan Hong Kong
Biarpun gagal meledak sebarang jaringan dalam aksi sulung berdepan Turkmenistan kelmarin, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos, tetap berazam untuk memberikan aksi terbaik menjelang aksi persahabatan antarabangsa tier 1 berdepan Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa ini.

Ranking Harimau Malaya melonjak ke-140 dunia
Skuad bola sepak Malaysia berpeluang membaiki ranking daripada tangga ke-145 dunia ke kedudukan yang lebih baik sejak 15 tahun lalu.

Messi, Ronaldo lakar pencapaian bersejarah
Tiada yang berkebetulan. Apabila dua pemain terhebat turun beraksi, jurang waktu dan jarak perjalanan pun tidak menjadi pemisah. Ia adalah satu malam yang menjadi penanda mercu dan pencapaian bersejarah buat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, sambil kedua-duanya mengukuhkan kedudukan selaku antara dua pemain terbaik sepanjang zaman.

Joshua should retire if he loses to Franklin, says Nelson
Following successive defeats to Oleksandr Usyk, Anthony Joshua must overcome Jermaine Franklin to remain relevant in the title picture.

Proteas recall Bavuma and Nortje for Netherlands ODI series
After they sat out the series-levelling win over West Indies, key players Temba Bavuma and Anrich Nortje have been recalled to the ODI team.

Fulham boss Marco Silva hit with another misconduct charge
Marco Silva has attracted the wrath of the FA following comments made after Fulham's FA Cup defeat to Manchester United.

Scotland and Exeter full-back Hogg to retire after Rugby World Cup
One of only four players to have reached 100 caps for Scotland, Stuart Hogg is calling time on his career later this year.

Kehrer confident of Tuchel success at Bayern
Having played under him at Paris Saint-Germain, Thilo Kehrer believes Thomas Tuchel will be a great appointment for Bayern Munich.

Flick expects Schlotterbeck to be available for Dortmund's Klassiker clash with Bayern
Nico Schlotterbeck has been Borussia Dortmund's most used player this season, but he sustained an injury on international duty.

Chelsea blame Abramovich sanctions for £121m losses
Significant losses on the Chelsea accounts have been attributed to sanctions imposed on former owner Roman Abramovich by the UK government.

McIlroy taking 'tons of positives' into Masters despite Match Play collapse
With the opening major of the year on the horizon, world number two Rory McIlroy is pleased with where his game is at.

'I've been there' – Gerrard considers Kane's 'big decision' on Spurs future
Harry Kane has made history with Tottenham and England but will turn 30 this year and is yet to win a major trophy.

Shevon rues impatience in Swiss Open final defeat with Soon Huat
Shevon Jemie Lai conceded that the pair’s impatience in the deciding game of the Swiss Open final cost them dearly, after she and Goh Soon Huat lost for the second consecutive year in Basel.