Barisan pemain Manchester United telah mula berlatih secara berperingkat selepas pasukan utama mereka dilanda wabak koronavirus minggu lalu.

United menutup Kompleks Latihan Carrington selama 24 jam pada 13 Disember lalu bagi "bagi meminimumkan risiko jangkitan lebih besar" selepas beberapa staf dan pemain mereka diuji positif COVID-19.

Dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) The Red Devils menentang Brentford dan Brighton and Hove Albion terpaksa ditunda dan pusat latihan mereka sekali ditutup pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, United malam tadi mengumumkan bahawa operasi pasukan utama mereka kini telah kembali berjalan menjelang perlawanan liga menentang Newcastle United di St James' Park awal pagi Selasa depan.

Pasukan bimbingan Ralf Rangnick itu, yang kini berada di tangga keenam liga, kemudian akan menantikan kunjungan Burnley tiga hari kemudian.