Novak Djokovic mengatasi Lorenzo Musetti untuk mara ke separuh akhir Paris Masters selepas Carlos Alcaraz menarik diri ekoran kecederaan perut (abdomen).

Djokovic mara ke separuh akhir acara Masters 1000 buat kali ke-74 dengan kemenangan 6-0, 6-3 ke atas Musetti semalam.

Juara bertahan itu bakal bertembung dengan Stefanos Tsitsipas dalam memburu slot ke final ketika dia menyasarkan gelaran Paris Masters yang ketujuh.

PIlihan keenam Djokovic hanya melakukan 10 unforced error dan merampas lima permainan, tidak membenarkan lawan dari Itali itu memperoleh sebarang mata permainan sehingga di awal set kedua.

Juara grand slam 21 kali itu hanya memerlukan 74 minit itu mengatasi Musetti, melangkah ke dua lagi perlawanan sebelum memperoleh gelaran kelima musim ini.

Sementara itu, penyertaan pemain nombor satu dunia, Alcaraz ke ATP Akhir minggu depan diragui selepas dia mengalami keecederaan pada suku akhir menentang Holger Rune.