Novak Djokovic kekal di landasan untuk melanjutkan rekod kejuaraan Paris Masters yang ketujuh selepas mara ke suku akhir dengan kemenangan ke atas Karen Khachanov.

Juara enam kali itu membalas dendam atas kekalahan kepada Khachanov dalam aksi final 2018 dengan mudah mencatat kemenagan 6-4, 6-1.

Ia memberikan kemenangan ke-11 berturut-turut Djokovic di Paris, di mana dia tidak tewas sejak kekalahan pada 2018, manakala dia telah memenangi 11 perlawanan terakhir bertaraf Jelajah.

Wakil Serbia itu, yang berjaya di Tel Aviv dan Astana, bakal berdepan Lorenzo Musetti selepas wakil Itali itu mengejutkan pilihan ketiga, Casper Ruud, 4-6, 6-4, 6-4.