Kevin Durant yakin saingan Amerika Syarikat akan memasuki Sukan Olimpik Tokyo dengan yakin dapat menghasilkan kekecewaan.

Pemenang pingat emas tiga edisi Sukan Olimpik berturut-turut, AS merupakan pilihan untuk meraih kemenangan yang keempat berturut-turut, dengan Australia dan Sepanyol dilihat paling rapat untuk dianggap sebagai pencabar.

Tetapi pasukan AS mengharungi persiapan yang kurang ideal, tewas kepada Nigeria dan Australia dalam perlawanan pertunjukkan, namun mereka mengatasi Sepanyol dalam aksi pemanas badan terakhir di Las Vegas.

Mereka tanpa barisan terbaik yang beraksi dalam dua edisi sebelum ini, membawa masuk khidmat JaVale McGee dan Keldon Johnson bagi menggantikan Kevin Love dan Bradley Beal.

Love menarik diri ekoran kecederaan betis, manakala Beal diketepikan ekoran kesihatan dan protokol keselamatan.

AS bertemu Perancis di Saitama dalam aksi pembukaan Kumpulan A 25 Julai dan Durant berasakan pasukan pilihan itu harus berwaspada.

"Kesemuanya [saingan Olimpik] adalah sukar," katanya. "Setiap pasukan mahu mengatasi kami. Semua mahu melihat kami tewas, jadi setiap perlawanan memiliki tekanan yang tersendiri.

"Ramai yang menarik diri, ekoran beberapa sebab dan saya pasti ramai yang yakin kami akan tewas dalam pertandingan kali ini.

"Tetapi kami memahami apa yang kami hadapi dan kami mengharapkan cabaran."

Durant berasa seperti pasukan mula bersatu setelah tewas dalam perlawanan pertunjukkan sebelum ini.

Durant berkata, "Saya rasa kami memahami apa yang diinginkan jurulatih daripada kami ketika menyerang dan bertahan.

"Pemain-pemain semakin selesa antara satu sama lain dan peranan mereka dalam pasukan, dan itu hanya akan menjadi petanda baik bagi kami ketika kami mula bermain permainan sebenar.

"Kami sudah bersedia dan kekalahan sebelum ini diharapkan antara yang terakhir."