Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, menjelaskan mengapa tiada nama perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam skuad Kejohanan Berpasukan Campuran Asia di Dubai, tahun ini.

Bagi kategori perseorangan, Malaysia menyenaraikan lelaki di ranking keempat dunia, Lee Zii Jia, serta Leong Jun Hao untuk kejohanan itu yang bakal berlangsung pada 14 hingga 19 Februari depan.

Choong Hann turut menepiskan tanggapan bahawa pemain di ranking ke-28 itu sedang menjalani persiapan rapi untuk menghadapi Terbuka Switzerland atau Seluruh England Mac depan, sebaliknya menjurus kepada matlamat jangka masa panjang seperti Sukan Olimpik Paris 2024.

"Dia akan menjalani fasa terakhir fizikalnya sebelum dia betul-betul mengharungi kelayakan Sukan Olimpik.




"Ada lima kejohanan bertubi-tubi yang akan dihadapinya pada Mei depan, mungkin bukan semua disertainya.

"Kalau kami hanya fokus menimba pengalaman kejohanan sahaja dan mengabaikan tahap fizikal.

"Ia supaya risiko kecederaannya dapat dijaga dengan rapi.

"Kalau tidak pemburuan mata kelayakan Sukan Olimpik akan tergendala," katanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.