Neymar bertindak mempertahankan pemain sayap Manchester United, Antony, sambil menyeru rakan senegaranya dari Brazil itu supaya tidak menghiraukan pengkritik selepas menunjuk-nunjuk dalam corak permainannya.

Bekas bintang Ajax Antony itu dihujani kritikan gara-gara tindakannya cuba bermuslihat dengan membuat dua pusingan di sayap kanan ketika berdepan Sheriff dalam Liga Europa, kelmarin.

Bekas pemain tengah United, Paul Scholes, menyifatkan Antony itu sebagai badut, lebih-lebih lagi hantarannya kepada Casemiro terlalu kuat dan memberi sepakan gol kepada pihak lawan.

Gelagat Antony itu mungkin cuba mengelirukan pemain Sheriff dan hampir sahaja umpanannya memerangkap pertahanan lawan yang bagaikan terpaku.

Bagi Neymar, corak permainan sebegitu sememangnya menjadi DNA Brazil dengan berkata: "Kami terkenal dengan seni kami dan saya tidak akan berhenti melakukan apa yang membawa saya ke tempat yang saya berada sekarang."



Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu menuntut Antony terus mempamerkan bakatnya di atas padang.

Tambahnya di Instagram: "Teruskan, jangan ubah apa-apa.

"Teruskannya, bertindak berani dan gembira."