Newcastle United menghadapi rekod terburuk dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila dibolosi buat kali ke-80 sepanjang tahun ini ketika terikat 1-1 dengan Manchester United di St James' Park awal pagi tadi.

The Magpies turun beraksi selepas dibolosi 79 gol daripada 41 perlawanan liga sepanjang tahun ini, menyamai rekod bolos tertinggi buat sesuatu pasukan sepanjang era EPL, yang bermula dengan musim 1992-93.

Pasukan itu terpaksa akur sebagai pemegang rekod bolos terburuk berkenaan apabila dibolosi buat kali ke-80 gara-gara jaringan penyamaan Edinson Cavani buat The Red Devils pada minit ke-71.

Ipswich merupakan pemegang rekod terdahulu dengan dibolosj 79 gol sepanjang 1994. Mereka kemudian menamatkan musim 1994-95 di tangga tercorot dan di belasah United 9-0 pada Mac 1995.

Pasukan terakhir yang pernah berdepan rekod lebih buruk dalam liga divisyen utama England adalah West Brom, yang dibolosi 87 gol pada 1985.