Newcastle United mencipta sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) menjamin status mereka tanpa perlu menyarung jersi ke padang.

Kekalahan 0-3 Leeds United kepada Chelsea di laman sendiri, awal pagi tadi, bermakna kedudukan Newcastle pada musim ini sudah selamat.

The Magpies sembilan mata di atas zon penyingkiran tetapi ia bukan gambaran sebenar atas kemelut yang mereka lalui sebelum berjuang untuk kekal.

Newcastle, yang dibeli oleh konsortium yang disokong oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi pada Oktober tidak memenangi sebarang perlawanan hingga Disember lalu.




Mereka di bawah tiga pengurus berbeza apabila Steve Bruce terlebih dahulu dipecat sementara Graeme Jones muncul sebagai lantikan sementara sebelum Eddie Howe diberi peranan utama untuk mengemudi Newcastle yang menjadi pasukan keempat yang gagal menang dalam 14 perlawanan awal EPL.

Sehubungan itu, pemilik bersama Newcastle, Mehrdad Ghodoussi, menggunakan Twitter untuk meraikan pencapaian berkenaan berikutan kekalahan Leeds.

"Apabila segala kemungkinan tidak memihak kami, apabila semua orang meragui kami, kami tetap bersatu dan maju ke hadapan," tulisnya.

“Malam ini adalah hasil kerja keras itu.

"Terima kasih Eddie, anda luar biasa, terima kasih kepada kakitangan kejurulatihan, skuad kami dan semua orang di kelab ini, sudah tentu juga peminat kami.

Brentford yang dinaikkan pangkat musim lalu dan Aston Villa juga kekal musim depan.