Negeri Sembilan FC (NSFC) menghadirkan aksi cukup cemerlang dalam memastikan tiga mata selepas mengatasi Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi.

Skuad yang dibimbing K.Devan itu berjaya merakamkan kemenangan bergaya, 3-0 sekaligus melonjak ke tangga kedua liga dengan 19 mata.

Gol pertama skuad Jang itu disempurnakan Gustavo Almeida Dos Santos pada minit ke-33 sebelum mereka menggandakan jaringan di awal separuh masa kedua menerusi Yaser Armando Pinto Islame.

Negeri Sembilan terus menampilkan permainan berkualiti selepas Matheus Alves Leandro, menjaringkan gol ketiga pada minit ke-52 sekaligus memastikan kemenangan di laman sendiri.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka United terpaksa akur dengan kekalahan kepada Sarawak United 3-2.