Tatum mengetuai Celtics menguasai suku ketiga untuk mereka mencatatkan 42-23 selepas ketinggalan 12 mata pada awal suku berkenaan.
Penyerang itu turut mendaftarkan 10 rebound, tiga bantuan, satu pintasan dan dua hadangan manakala Jaylen Brown menambah 17 mata dan sembilan rebound.
Trae Young pula membintangi aksi Hawks dengan 30 mata, empat rebound dan 10 bantuan.
Bogdan Bogdanovic, dalam pada itu, menjaringkan 26 mata selepas dimasukkan daripada bangku pemain untuk Hawks -- yang layak ke Sidang Final tahun lalu -- kini sekadar merekodkan 26-30.
.@jaytatum0 took care of business as tonight’ today’s @gatorade player of the game pic.twitter.com/CWzKTnGJZq
— Boston Celtics (@celtics) February 13, 2022