Gandingan Trae Young dan Clint Capela mengawal rentak permainan membantu Atlanta Hawks menang 104-95 ke atas Philadelphia 76ers sebentar tadi.

Ia bukanlah aksi yang paling berkesan daripada Young, selepas menamatkan permainan dengan 26 mata.

Bagaimanapun, kombinasi Young dengan Capela terbukti gagal dikawal pasukan lawan, dengan pemain dari Switzerland itu memperoleh 18 mata dan 20 rebound.

Dengan James Harden yang dijangka diketepikan untuk beberapa minggu akan datang, Joel Embiid menjadi tunjang kepada 76ers namun bergelut untuk bertahan mengekang gerakan Capela, Embiid menamatkan perlawanan dengan 26 mata dan 12 rebound.

The Hawks kini memiliki rekod 8-4, dan memperoleh empat kemenangan daripada lima perlawanan, sementara 76ers tewas tiga daripada empat perlawanan dengan rekod 5-7.