Kevin Durant menjaringkan 23 mata dalam penampilan pertamanya bersama Phonex Suns pada ketika Devin Brooker turut menjaringkan 37 mata sewaktu menewaskan Charlotte Hornets 105-91 dalam perlawanan NBA hari ini.

Durant turun mewakili Suns buat kali pertama sejak menyertai pasukan itu bulan lalu, di mana dia terpaksa berehat kerana menjalani lutut, tetapi tidak kelihatan terkesan apabila dengan menghasilkan 10 jaringan padang daripada 15 percubaannya dan menyempurnakan dua daripada empat percubaan jaringan tiga mata. Selain itu, dia turut mendaftarkan enam rebound, dua bantuan dan dua hadangan.

Booker, dalam pada itu mendaftarkan 37 mata, enam rebound dan tujuh bantuan sambil Deandre Ayton pula merekodkan 16 mata dan 16 rebound.

Guard veteran, Chris Paul, agak terkebelakang dengan hanya dua mata dan 11 bantuan, di mana Suns turun dengan pasukan serba baru dan barisan berbeza.

Kemenangan itu juga menamatkan rekod tanpa kalah Hornets dalam lima perlawanan terakhir untuk Suns meningkatkan kedudukan dengan rekod 34-29.