Mason Mount kagum dengan impak Thomas Tuchel kepada barisan pertahanan Chelsea sejak mengambil alih tugas Frank Lampard Januari lalu.

Pengendali Jerman itu memimpin Chelsea merangkul Liga Juara-Juara musim lalu selepas beberapa bulan baru dilantik, dan dia membentuk Blues menjadi pasukan yang mampu mencabar gelaran utama secara konsisten.

Chelsea memasuki aksi minggu ini selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan berkelebihan tiga mata -- hanya Liverpool (35) menjaringkan lebih banyak gol berbanding mereka, namun skuad kendalian Tuchel memiliki rekod pertahanan yang terbaik selepas hanya dibolosi 12 perlawanan.

"[Tuchel] merupakan jurulatih yang genius," kata Mount. "Dia sangat serius menjelang perlawanan dan dalam sesi latihan, tetapi di luar padang dia seorang yang tenang, seseorang yang boleh dibuat berbincang.

"Jadi, ia adalah persefahaman yang buat kedua-dua pihak, tetapi jika anda gagal bermain dengan baik, dia tidak akan gembira dan akan memberitahu kepada anda. Ia merupakan sesuatu yang membuat kami sentiasa bersiap sedia untuk memberikan persembahan terbaik.

"Kami sentiasa menilai lawan kami beberapa hari menjelang perlawanan, tetapi tumpuan tetap diletakkan persiapan kami sendiri. Kami akan cuba bermain mudah, mencari ruang dan menghasilkan jaringan.

"Secara bertahan, kami telah melewati satu fasa yang cukup besar, dan kami tidak memberikan peluang dengan mudah kepada pasukan lawan. Cara kami melakukan tekanan menetap rentak perlawanan, dengan pertukaran formasi dan gaya kami bermain, ia membantu pasukan ketika menyerang mahupun bertahan."