Juventus perlu menebus maruah maruah mereka tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL) dengan membuktikan kepada seluruh Serie A bahawa mereka masih merupakan pencabar utama.

Pengurus Bianconeri, Massimiliano Allegri, menuntut anak buatnya supaya menyalurkan kekecewaan itu dan sanggup menggadaikan corak permainan menarik demi meraih satu keputusan yang lebih baik daripada Lecce, tengah malam ini.

Berikutan kejayaan membenam Torino dan Empoli baru-baru ini, Juventus sedang mencari rentak kemenangan ketiga Serie A tetapi nasib mereka menjadi sebaliknya di pentas Eropah apabila tumpas kepada Maccabi Haifa dan Benfica untuk terkandas di peringkat kumpulan.

Media Itali segera mengaitkan pengurus Tottenham, Antonio Conte, untuk kembali ke Juventus, berkemungkinan penghujung musim sebaik kontrak bekas ketua jurulatih Itali itu di Spurs beraksi, walaupun kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut mempunyai pilihan untuk melanjutkan perjanjian berkenaan.

Begitupun, Allegri mahu membuktikan bahawa Juventus bukan omong kosong dan rentetan kemenangan liga yang panjang adalah jawapan tepat, malah mungkin mampu mempengaruhi bahawa dia masih individu tepat untuk jawatan itu.




Kali terakhir Bianconeri memenangi tiga perlawanan liga berturut-turut tanpa bolos adalah pada Februari 2021, tetapi kemenangan 1-0 di Torino dan 4-0 ke atas Empoli di laman sendiri hujung minggu lalu meniupkan semangat baru kepada mereka.

Bakal berdepan ujian Lecce, pengurus pemain berusia 55 tahun itu berkata: "Kami perlu bertindak balas selepas tersingkir daripada UCL dan menjadikan kekecewaan itu sebagai bekalan buat kami sepanjang kempen Serie A.

"Kami perlu menampilkan satu perlawanan yang tidak menarik sekiranya perlu.

"Lecce sentiasa mampu mengimbangi perlawanan.

"Kami sedar kepentingan perlawanan esok, kami perlu mengharunginya sebagai sebuah pasukan menerusi tahap ketekalan yang hebat."