Shaiful Shamsudin
Fri Jun 17 2022

Southampton telah melengkapkan penghijrahan penjaga gol Manchester City, Gavin Bazunu, selepas dilaporkan membayar £12 juta (RM64.5j) ke atas pemain antarabangsa Republik Ireland itu.
Bazunu -- yang mempunyai 10 penampilan bersama negaranya tetapi tidak pernah mewakili pasukan utama City selepas tiba dari Shamrock Rovers pada 2019 -- bersetuju menandatangani kontrak selama lima tahun.
Berita perpindahan itu bertambah manis buat peminat Southampton memandangkan Bazunu pernah menghabiskan kempen 2021-22 secara pinjaman dengan seteru tempatan, Portsmouth, yang menyaksikannya ditabalkan sebagai Pemain Terbaik kelab berkenaan musim lalu.
Pasukan bimbingan Ralph Hasenhuttl itu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2021-22 di tangga ke-15 selepas gagal memenangi enam perlawanan terakhir selain bakal kehilangan penjaga gawang berpengalaman, Fraser Forster, yang memilih Tottenham.
Southampton menggunakan tiga penjaga gol berbeza dalam kempen liga musim lalu yang menyaksikan Forster kerap terpilih apabila melakukan 19 penampilan.
Biarpun mempamerkan peratusan menyelamat setinggi 66.02 peratus, Forster termasuk Alex McCarthy (61.97 peratus) dan Willy Caballero (54.55 peratus) masih bergelut untuk memastikan kekebalan Southampton, lantas Hasenhuttl menyifatkan pengalaman Bazunu yang pernah mendapat tunjuk ajar Pep Guardiola adalah calon paling ideal untuk mengisi kekosongan itu.
“Dia seorang penjaga gol dengan gaya permainan yang sangat moden, selesa dalam fasa pembinaan," kata pengurus itu.
"Dia telah berkembang secara fizikal melalui beberapa langkah pinjaman yang sangat penting pada awal kariernya.
“Dia sudah menjadi tonggak antarabangsa, ia jarang berlaku terhadap pemain seusianya.
"Berasal daripada Manchester City, kami tahu dia telah belajar daripada beberapa jurulatih dan rakan sepasukan yang terbaik. Dia ke mari untuk meraih lebih banyak peluang bagi mengembangkan permainannya melalui aksi EPL."
Bazunu -- yang dalam senarai berada di belakang Ederson, Zack Steffen dan Scott Carson di City -- menganggap langkah ini mewakili peluangnya untuk beraksi kerap dalam EPL.
"Apa yang paling mustahak ialah peluang -- saya datang ke sini dan berpeluang kerap diturunkan," kata pemain berusia 20 tahun itu.
"Peluang untuk berjuang merebut tempat bagi saya adalah perkara terbesar yang saya boleh harapkan."

UCL bukan penentu masa depan Guardiola di Manchester City
Pep Guardiola menegaskan Manchester City tidak taasub untuk memenangi Liga Juara-Juara (UCL) apabila menafikan kejayaan menjulang trofi Eropah itu akan menentukan sama ada dia kekal di Stadium Etihad.

Arteta gembira berjaya bawa Zinchenko ke London Utara
Oleksandr Zinchenko telah melengkapkan perpindahannya dari Manchester City ke Arsenal, dengan pemain antarabangsa Ukraine itu menandatangani perjanjian jangka panjang di Stadium Emirates.

Arteta faktor utama Zincheko sertai Arsenal
Oleksandr Zincheko telah melabelkan Mikel Arteta sebagai 'individu paling penting' dalam keputusannya untuk menyertai Arsenal dari Manchester City.

Sterling sasar gelaran bersama Chelsea
Raheem Sterling memuji 'mentaliti kemenangan' skuad Chelsea kendalian Thomas Tuchel apabila dia menyasarkan trofi selepas menukar Manchester City dengan The Blues.

Silva ikrar kekal komited bersama Man City
Bernardo Silva berikrar untuk menutup spekulasi mengenai masa depannya dan komited dengan Manchester City sehingga tiba masanya untuk meninggalkan juara Liga Perdana Inggeris (English Premier League) itu.

Guardiola kecewa khabar angin Neymar ke Manchester City
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, menafikan khabar angin yang mengaitkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sedia membuat pertukaran pemain dengan dari Paris Saint-Germain (PSG) demi Neymar.

Manchester City pinjamkan Zack Steffen demi impian Piala Dunia Qatar
Manchester City mengesahkan penjaga gol, Zack Steffen, menyertai kelab Kejuaraan, Middlesbrough, dengan pinjaman sepanjang musim.

Mahrez mahu lebih kejayaan selepas ikat kontrak baru dengan Manchester City
Riyad Mahrez mahukan lebih banyak kejayaan selepas menandatangani kontrak baru bersama pasukan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

Mount optimis Sterling mampu hadirkan kejayaan buat Chelsea
Mason Mount melabel pemain baharu Chelsea, Raheem Sterling, sebagai 'pemenang' dan 'berpengalaman', yang boleh mengisi kekosongan kepimpinan dan membantu The Blues bersaing untuk merebut trofi dalam semua pertandingan.

Chelsea lengkapkan perpindahan Raheem Sterling
Raheem Sterling telah melengkapkan perpindahannya ke Chelsea dari Manchester City, Blues telah mengesahkan.

Bernardo Silva says Man City 'know what I want' amid Barcelona links
Barcelona have been linked with a move for Bernardo Silva, who says Manchester City "know what I want" when it comes to his future.

Alexis Sanchez passes medical and completes Marseille move
Marseille have completed the signing of Alexis Sanchez, who was a free agent after Inter terminated his contract.

Haaland's two-goal debut shows Pep has no excuse in Champions League, claims Capello
Fabio Capello feels Erling Haaland has already shown he should be the difference for Pep Guardiola and Manchester City.

Benjamin Mendy pleads not guilty to additional rape charge
Benjamin Mendy appeared in court on Wednesday to enter a not-guilty plea for an eighth rape charge.

Man Utd target Gakpo suggests Champions League qualification will keep him at PSV
Cody Gakpo has been linked with Manchester United, but it would seem he is not desperate to leave PSV.

Cameron Smith promises clarity on future, but LIV Golf rumours intensify
Open champion Cameron Smith appears set to be the next man to make the move to LIV Golf, even if he will not confirm an agreement.

Helsinki gets its chance as Real Madrid and Eintracht Frankfurt roll in for the Super Cup
UEFA's season curtain raiser is often held in European cities not renowned for football heritage, and now it is Helsinki's turn.

Eubank Jr and Benn renew family rivalry in 'legacy fight'
Chris Eubank and Nigel Benn twice faced one another in huge fights in the 1990s; now their sons are going head-to-head.

Zii Jia to begin BWF World Championships bid against Leverdez, Daren drawn with Axelsen
Lee Zii Jia will begin his 2022 BWF World Championships campaign, taking place from August 22 to 28 in Tokyo, against Frenchman Brice Leverdez in the opening round.

Rumour Has It: Man Utd investigate attacking moves for Sarr, Morata and Gakpo
Manchester United are desperate for an influx of talent as soon as possible, with links to a number of forwards.