MILAN 2 LECCE 0

Stefano Pioli memuji Milan yang mengulangi persembahannya hebat mereka dalam Liga Juara-Juara (UCL) ketika menumbangkan Lecce 2-0 dalam perlawanan Serie A, awal pagi tadi.


Milan hanya menang sekali dalam enam perlawanan liga terakhir yang secara tidak langsung menjejaskan impian mereka meraih tiket UCL musim depan sebelum gol berganda Rafael Leao membuatkan San Siro kembali bergema.

Rossoneri mengiringi Roma -- yang akan melawat Atalanta awal pagi esok -- untuk menduduki di tangga keempat, sementara mengekori Juventus dengan tiga mata selepas 15 mata yang dipotong ditarik balik minggu ini.

Pergelutan mereka dalam liga utama Itali itu berbeza dengan prestasi mereka dalam UCL apabila layak ke separuh akhir buat kali pertamanya sejak 2007 menerusi kemenangan agregat 2-1 ke atas pendahulu Serie A, Napoli.



Pioli kemudian mendedahkan sebelum pertembungan Lecce, dia telah menyeru barisan pemainnya agar mengulangi prestasi mereka di peringkat Eropah baru-baru ini.

Ditanya oleh DAZN bagaimana pengurus Milan itu memotivasikan pasukannya, Pioli berkata: "Ia adalah penting untuk bermula dengan garang dan adalah mustahak untuk mengulangi persembahan UCL ketika mereka berjuang di atas padang.

"Kami melakukan banyak perkara yang bagus, kami cuma perlu memperbaiki aspek lain."