Milan mengumumkan kejayaan memancing penyerang yang berpotensi besar, Charles De Ketelaere, dari Club Brugge.

Pemain antarabangsa Belgium berusia 21 tahun itu memeterai perjanjian selama lima tahun dengan juara Serie A berkenaan dan menyertainya dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak €36 juta (RM163.2j).

De Ketelaere -- yang menjaringkan 18 gol musim lalu dan telah memenangi lapan penampilan senior bersama Belgium sejak penampilan sulungnya pada 2020 -- turut dikaitkan dengan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Leeds United.

Ketika berumur 19 tahun dan 224 hari pada Oktober 2020, dia muncul pemain Belgium kedua termuda, yang meledak gol dalam Liga Juara-Juara (selepas Anthony Vanden Borre) ketika bertemu Zenit St Petersburg.

De Ketelaere akan memakai jersi nombor 90 bagi menyertai barisan muka baru di San Siro yang terdiri daripada Divock Origi, Alessandro Florenzi dan Junior Messias yang menukar status pinjaman musim lalu kepada tetap.