FC Midtjylland sebentar tadi mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan Dion Cools untuk membatalkan kontraknya dengan kelab Denmark itu.

Pertahanan Harimau Malaya yang pernah membuat 53 penampilan bersama kelab itu berkelana daripada Club Brugge pada Januari 2020, seterusnya memenangi Superliga Denmark musim berkenaan.

Bagaimanapun, dia berdepan kekangan minit permainan pada musim 2021-22 yang menyaksikannya dipinjamkan ke kelab Zulte Waregem di Belgium.

Selepas membantu Malaysia layak ke Piala Asia AFC 2023, dia kembali ke Denmark dan hala tujunya menimbulkan tanda tanya selepas tidak disenaraikan dalam kempen Liga Europa UEFA.

Sebelum dilepaskan, Cools hangat dikaitkan dengan perpindahan ke juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT), apabila sebuah portal bola sepak Beligum, Voetbal Belgie, pada 2019 sempat mengaitkan pemain kelahiran Kuching itu ke kancah dalam Liga Malaysia.