Penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe, berkata 'sangat menghormati' kepada rakan sepasukannya, Neymar, walaupun terdapat laporan mengenai pertelingkahan antara kedua-dua pemain.

Hubungan Mbappe dengan bintang Brazil itu difahamkan menjadi renggang sejak Lionel Messi tiba di Paris tahun lalu.

Pasangan itu bertengkar di atas padang dalam pertembungan PSG dengan Montpellier awal musim ini apabila Neymar enggan membenarkan Mbappe mengambil penalti.

Pemain Perancis itu telah terlepas satu gol pada awal permainan, tetapi Neymar menjaringkan gol dari sepakan penalti dalam kemenangan 5-2.

Membincangkan mengenai hubungannya dengan Neymar, Mbappe berkata, "Ini adalah tahun keenam bersama Neymar. Kami sentiasa mempunyai hubungan seperti ini, berdasarkan rasa hormat, tetapi kadang-kadang dengan saat-saat yang lebih panas dan lebih sejuk.

"Ia adalah sifat hubungan kami. Saya sangat menghormati pemain itu.

"Apabila anda mempunyai dua pemain dengan watak yang begitu kuat, anda mempunyai saat-saat seperti itu, tetapi sentiasa dengan rasa hormat dan demi kepentingan PSG."

PSG kini menduduki tangga teratas Ligue 1 selepas hanya kehilangan dua mata dalam enam perlawanan. Mereka seterusnya akan beraksi menentang Juventus dalam Liga Juara-Juara awal pagi esok.