Bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe, mengakui 'kecewa' tidak menyertai gergasi LaLiga, Real Madrid sebelum musim bermula.

Dengan kontrak bakal berakhir penghujung musim 2021-22, Mbappe kuat dispekulasi bakal berhijrah ke Real, yang tidak berselindung mahukan khidmatnya.

Bagaimanapun, perpindahan tidak menjadi kenyataan apabila kelab gergasi Ligue 1 PSG -- masih berazam untuk menandatangani semula pemain antarabangsa Perancis itu -- enggan berpisah dengan Mbappe.

Madrid dijangka menandatangani Mbappe sebagai ejen bebas pada penghujung kempen semasa tetapi pemain berusia 22 tahun itu ditanya mengenai kekecewaannya apabila gagal berpindah ke Santiago Bernabeu.

"Kecewa tak pergi? Sedikit," Mbappe memberitahu Amazon semasa bercakap dengan legenda Perancis Thierry Henry.

"Ia tidak mudah, tetapi apa pun yang berlaku, saya akan bermain untuk kelab yang hebat. Saya pemain PSG, saya berasa hebat, tetapi saya mahu menemui sesuatu yang lain."

Spekulasi telah memuncak mengenai masa depan Mbappe di Euro 2020, apabila penyerang itu terlepas sepakan penalti dalam kekalahan penentuan sepakan penalti pusingan 16 terakhir Perancis kepada Switzerland.