Marcus Rashford menegaskan Manchester United 'tidak boleh melihat terlalu jauh ke hadapan' selepas jaringannya membenarkan United menang 1-0 ke atas Wolves bagi merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool kepada dua mata.

Rashford menghasilkan sesuatu ketika perlawanan melewati masa kecederaan di Old Trafford, mendapatkan bola daripada hantara Bruno Fernandes sebelum melepaskan rembatan mengatasi Romain Saiss dan gagal dinafikan Rui Patricio sebelum menembusi gawang Wolves.

The Red Devils mendominasi permainan dan menghasilkan deretan peluang tetapi United kelihatan dijangka meraih satu lagi keputusan seri.

Selepas meledak gol kemenangan tersebut, penyerang England itu enggan membincangkan mengenai gelaran takhta serta masih terlalu awal memikirkannya ketika saingan baru sahaja melewati 15 perlawanan.

"Saya rasa kita tidak boleh melihat ke depan," kata Rashford kepada Amazon Prime.

"Kami pasukan yang masih melakukan banyak usaha untuk diri sendiri. Banyak lagi peningkatan harus dilakukan.

"Kita harus mengambilnya satu perlawanan pada satu masa dan jika kita dapat terus mencari jalan untuk menang seperti ini, kita akan melihat di mana kita berada di akhir musim."


Jaringan pada lewat dalam perlawanan itu merupakan yang ketujuh buat Rashford selepas 15 perlawanan EPL musim ini, selepas menjaringkan 17 gol dalam 31 perlawanan bagi musim lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu mendedahkan saat gol kemenangan itu hadir selepas pertahanan kiri Wolves, Ait-Nouri, bergelut dengan kekejangan otot dan mula menyasarkan pemain kelahiran Perancis itu.

"Pertahanan itu, saya berasakan dia mengalami kekejangan otot beberapa minit sebelum itu dan saya mula menyerang ke arahnya jika sesuatu berlaku, kami berjaya meraih satu jaringan.

"Kami agak kecewa kerana kami tidak bermain dengan apa yang kami mahukan, tetapi pada penghujungnya, tiga mata yang diperoleh amat penting dan kami berjaya mendapatkannya."