MAN UTD 3 BOURNEMOUTH 0

Manchester United perlu bertindak lebih licik selepas bernasib baik dalam kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth, menurut Erik ten Hag.


United menghambat Newcastle United yang berada di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) serta lima mata di depan Tottenham yang menghuni kedudukan kelima tatkala Casemiro, Luke Shaw dan Marcus Rashford mencetak jaringan di Old Trafford, awal pagi tadi.

The Red Devils tampak sudah bersedia untuk meneruskan usaha mengukuhkan tiket kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) selepas memenangi perlawanan liga keempat berturut-turut.

Tetapi setelah menyaksikan ketangkasan David de Gea untuk menafikan percubaan Philip Billing dan Jaidon Anthony ketika United mendahului 2-0, Ten Hag kecewa dengan apa yang dia disifatkannya sebagai kelekaan dalam penguasaan.

"Saya gembira dengan keputusan ini. Hari ini ia bukanlah persembahan terbaik kami," katanya kepada BBC Sport.



“Kami harus jujur, kami tidak bermain dengan licik sebagai sebuah pasukan.

"Kami melakar gol yang hebat tetapi ada kalanya kami agak bernasib baik dan kami memerlukan David untuk menyelamatkan beberapa ancaman. Kami mungkin perlu lebih bijak sebagai sebuah pasukan.

"Kami meninggalkan ruang yang besar ketika sedang mendahului 2-0, kadang-kadang kami perlu mengekalkan bola dan menghidu detik yang tepat untuk menghasilkan gol. Inilah adalah langkah seterusnya."



Penyerang yang makin berbisa, Rashford kembali dalam kesebelasan utama selepas merakamkan gol kemenangan dari bangku simpanan di Wolves, hujung minggu lalu, susulan lewat menghadiri mesyuarat pasukan yang menyebabkan dia digugurkan.

Selepas melengkapkan kemenangan dengan satu tolakan, Rashford kini telah menemui sentuhan penyudah dalam tiga perlawanan EPL berturut-turut.

"Satu lagi persembahan hebat daripadanya," kata Ten Hag mengenai Rashford.

"Saya berkata sebelum sepak mula musim ini lagi dan begitu juga dengan Anthony Martial, saya percaya gol akan hadir kerana pemain lain akan sentiasa mencipta peluang. Jadi mereka perlu fokus dari minit pertama dan peluang akan datang."