Manchester United melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim hadapan selepas skuad kendalian Erik ten Hag merakamkan kemenangan 4-1 ke atas Chelsea.

Pengendali kelahiran Belanda itu memimpin The Red Devils memenangi Piala Carabao dan final Piala FA bulan depan dalam musim pertama dan kelihatan bakal menamatkan saingan liga dalam kelompok empat terbaik.



Dengan hanya satu mata sudah memadai untuk memastikan mereka kembali ke kancah UCL, United memastikan kemenangan di Old Trafford menerusi jaringan Casemiro, Anthony Martial, Bruno Fernandes dan Marcus Rashford ke atas Chelsea.


Ia merupakan kekalahan ke-16 dalam satu musim 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris buat Chelsea, yang menyaksikan kegagalan Mykhailo Mudryk menyempurnakan jaringan di awal permainan dihukum dengan tandukkan Casemiro pada minit keenam.

Chelsea terus melepaskan peluang di hadapan gawang, termasuk kesilapan Conor Gallagher pada masa kecederaan separuh masa pertama yang diikuti dengan jaringan Martial.

Penalti Bruno Fernandes dan gol pemain gantian Marcus Rashford -- gol ke-30 musim ini dalam semua pertandingan -- melengkapkan kemenangan dan jaringan saguhati Chelsea pula disumbat oleh Joao Felix di penghujung permainan.