Pep Guardiola diuji positif COVID-19 dan akan terlepas perlawanan Manchester City menentang Swindon Town dalam Piala FA, demkian diumumkan pasukan juara bertahan itu malam tadi.

Guardiola dan pembantunya, Juanma Lillo, didapati positif virus itu dalam ujian saringan semalam dan kedua-duanya sedang menjalani pengasingan.

City kini mempunyai 21 ahli pasukan -- tujuh pemain dan 14 pegawai -- yang sedang berada dalam pengasingan.

Pasukan daripada divisyen empat, Swindon, akan menantikan kunjungan City awal pagi esok dan pembantu jurulatih, Rodolfo Borrell, akan mengambil aih tugas Guardiola bersama pasukan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Guardiola menyertai tiga lagi pengurus EPL yang perlu menjalani pengasingan sepanjang seminggu ini.

Pengurus Arsenal dan bekas pembantu Guardiola, Mikel Arteta, terpaksa menyaksikan kekalahan 1-2 The Gunners kepada City dari rumahnya pada hari tahun baru.

Jurgen Klopp, dalam pada itu, terlepas aksi pasukannya ketika terikat 2-2 dengan Chelsea awal pagi Isnin lalu manakala Burnley turut mengumumkan pengurusnya, Sean Dyche, perlu menjalani pengasingan selepas diuji positif COVID-19.