Kegagalan Sabah untuk mencipta kemenangan di laman sendiri dalam perlawanan pertama peringkat separuh akhir Piala Malaysia telah membuka peluang kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk memgulangi pencapian mereka musim lalu untuk layak ke perlawanan akhir.

Anak didik Hector Bidoglio itu menumpaskan Sang Badak di Likas melalui jaringan Arif Aiman Hanapi dan ia memadai untuk Harimau Selatan tersebut membawa bekalan ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) kelak memandangkan ia sudah pasti melonjakkan motivasi pemain-pemain mereka.




Walaupun daripada segi prestasi yang dipamerkan oleh Harimau Selatan malam tadi agak kurang memberansangkan berikutan setiap gerakan yang diatur melalui Leandro Velazquez, Natxo Insa dan Afiq Fazail mudah dipatahkan pemain-pemain Sang Badak.




Begitu juga di bahagian hadapan terutama Fernando Forestieri yang agak tengelam permainannya yang tidak menampakkan kelincahannya terutama dalam membuat keputusan-keputusan untuk melakukan gelecekan atau pun rembatan.

Sementara itu, walaupun barisan asuhan Datuk Ong Kim Swee walaupun berjaya mengawal tempo permainan pantas Harimau Selatan, nasib masih tidak menyebelahi mereka.





Beberapa kali juga Saddil Ramdani berjaya menguji Farizal Marlias tetapi tidak mampu menewaskannya.

Peluang terbaik dimiliki Sang Badak sebenarnya selepas pemain JDT, Feroz Baharudin, di perintah keluar padang tetapi bahagian penyudah mereka masih buntu. Jika masalah kecederaan tidak menghantui skuad Sang Badak, ia pasti sukar buat Harimau Selatan malam tadi.

Sudah tentulah dalam pusingan kedua masih ada peluang lagi untuk Sabah namun ia agak sukar kerana ia bermain di gelanggang keramat Harimau Selatan.

Dengan permukaan rumput yang berkualiti tinggi di Stadium Sultan Ibrahim, ia pasti akan memberi kelebihan kepada pemain-pemain JDT untuk mempamerkan kemampuan sebenar dengan permainan hantaran-hantaran dan transisi patas.

Jadi sama-sama kita nantikan pertemuan di Iskandar Puteri, adakah JDT terus mengganas atau Sabah berjaya mencipta kejutan?