Thomas Tuchel memuji prestasi Romelu Lukaku selepas Chelsea mengatasi Tottenham dalam aksi Piala Liga Inggeris (EFL) awal pagi tadi.

The Blues membawa kelebihan selepas menang 2-0 dalam perlawnanan separuh akhir pertama di Stamford Bridge.

Lukaku kembali diletakkan dalam kesebelasan utama selepas dipinggirkan ketika perlawanan menentang Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu gara-gara kenyataan yang dikeluarkannya kepada media Itali.

Bekas penyerang Inter Milan itu dilaporkan berkata bahawa dia "tidak gembira dengan situasinya di Chelsea" dan berhasrat untuk kembali ke pangkuan Nerazzurri suatu hari nanti.

Bagaimanapun, pemain kebangsaan Belgium kemudian itu telah memohon maaf kepada Tuchel dan penyokong Chelsea dalam laman web rasmi mereka.

Dia bermain selama 90 minit ketika berdepan Spurs -- merekodkan tiga percubaan dan dua percubaan tepat -- dan ketua jurulatihnya berpuas hati dengan sumbangannya meskipun berada dalam keadaan sukar.



Ditanya apakah yang membuatkan Lukaku dapat beraksi dengan baik, Tuchel berkata kepada Sky Sports: "Baik, saya amat gembira. Saya amat pasti dia tidak terkesan.

"Saya bertemunya setiap hari, termasuk beberapa hari lalu. Dia kelihatan tenang dan tidak kisah dengan situasinya dan secara mentalnya, dia sudah melupakannya.

"Romelu boleh menangani tekanan dan kesukaran. Ia persembahan yang baik; dia banyak menyumbang terhadap cara bertahan kami dan mendapatkan peluang," katanya.