Lilitan lengan yang dilempar ke lantai oleh kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, dalam perlawanan menentang Serbia minggu lalu terjual dengan harga melebihi £50,000 (RM286,280) dalam satu bidaan amal.
Jovan Simic, pengasas kepada organisasi kemanusiaan Zajedno za Zivot (Bersatu untuk Kehidupan), berkata lilitan kapten yang dibuang itu telah di beli oleh satu firma pertaruhan dengan "jumlah sebesar 7.5 juta dinar".
Ia sekitar £54,300 (RM310,900) dan dana daripada penjualan itu akan disalurkan buat rawatan kanak-kanak Serbia berusia enam bulan, Gavrilo Djurdjevic. Berdasarkan laporan akhbar Serbia, kanak-kanak malang itu mengalami masalah atrofi otot tulang belakang dan rawatannya memakan belanja sekitar €2 juta (RM9.74 juta).
Sorang ahli bomba, Djordje Vukicevic, yang berada di tepi padang sewaktu perlawanan itu, mengutip lilitan lengan berkenaan dan mendermakannya bagi bidaan itu.
Bintang Portugal, Ronaldo, mengamuk dan meninggalkan padang pada penghujung permainan di Belgrade pada 27 Mac lalu selepas berang dengan keputusan pengadil yang tidak mengesahkan jaringan kemenangannya.
Ronaldo yakin bola percubaannya itu sudah melintasi garisan gol tetapi pegawai perlawanan berkenaan menafikannya untuk serbia bangkit mengikat kedudukan 2-2 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia itu.
Pemain berusia 36 tahun itu turut dilayangkan kad kuning kerana protesnya.
Muzaffar Musa
Sat Apr 03 2021


Adrien Rabiot belum putuskan nasib di Juventus
Pemain tengah Perancis, Adrien Rabiot, belum mahu memuktamadkan perjanjian untuk kekal di Juventus meskipun kontraknya hanya berbaki hingga hujung musim ini.

Prestasi kelab Itali di Eropah baik untuk Serie A
Simone Inzaghi telah mengucapkan tahniah kepada Milan dan Napoli kerana menyertai Inter pada suku akhir Liga Juara-Juara dan berkata ia adalah 'langkah besar' untuk Serie A.

UEL: Mourinho sindir Juventus, Lazio selepas Roma layak ke suku akhir
Jose Mourinho memberikan sindiran kepada pasukan seteru dalam Serie A, Juventus dan Lazio, selepas AS Roma layak ke suku akhir Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

UEL: Vlahovic, Chiesa pastikan Juventus ke suku akhir
Dusan Vlahovic dan Federico Chiesa menemui sasaran ketika membantu Juventus menewaskan 10 pemain Freiburg 2-0, sekali gus layak ke suku akhir Liga Europa (UEL) dengan kemenangan agregat 3-0 awal pagi tadi.

Locatelli: Di Maria hadirkan mentaliti 'sang juara' kepada Juve
Manuel Locatelli memuji pemain 'fenomena', Angel Di Maria, dengan menyatakan rakan sepasukannya di Juventus 'dalam kategori lain' selepas kemenangan tipis mereka ke atas Freiburg.

UEL: Allegri pantau kecergasan Pogba menjelang pertemuan dengan Freiburg
Kecergasan Paul Pogba akan dinilai menjelang pertemuan Liga Europa Juventus dengan Freiburg awal pagi esok, dengan pemain tengah itu masih mengintai permulaan pertamanya sejak kembali ke Bianconeri.

Serie A: Kepulangan Pogba bawa tuah buat Juventus dalam Derby della Mole
Paul Pogba menamatkan penantian panjangnya untuk kembali mewakili Juventus pada ketika skuad Bianconeri itu bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali untuk mengatasi pasukan seteru tradisi, Torino, 4-2 dalam aksi 'Derby della Mole' awal pagi tadi.

Pogba perlukan masa temui sentuhan terbaik -- Allegri
Massimiliano Allegri menerima bahawa Paul Pogba akan mengambil masa untuk mencapai tahap terbaik ketika pemain tengah itu bersiap sedia untuk membuat penampilan pertama buat kali kedua yang ditunggu-tunggu untuk Juventus.

UEL: Angel Di Maria lakar hatrik dengan bergaya
Massimiliano Allegri memuji impak diperagakan Angel Di Maria selepas jaringan hatrik pemain sayap itu membantu Juventus menewaskan Nantes secara agregat 4-1, sebentar tadi, untuk mara ke pusingan 16 Liga Europa.

Liga Europa: Juventus sudah jangka masalah kecergasan Federico Chiesa
Massimiliano Allegri sememangnya sudah menjangkakan bahawa Federico Chiesa akan bergelut dengan isu kecederaan yang akan menghalangnya beraksi minggu ini.

Newcastle United v Manchester United: Preview and prediciton
Manchester United are just three points ahead of Newcastle United, with both teams having 12 games left to play this season.

Stellini: Relationship with Conte has not changed after Spurs sacking
Antonio Conte's dismissal from Tottenham has not changed his friendship with Christian Stellini.

Galtier: PSG working on next season's plans, including talks with Messi
Lionel Messi has 18 goals and 17 assists for Paris Saint-Germain this season, but his future remains up in the air.

Arsenal v Leeds United: Preview and prediction
Arsenal will be looking to maintain, or even extend, the distance between themselves and Manchester City by beating struggling Leeds United.

Oscar Pistorius denied parole for murder of Reeva Steenkamp
Prison authorities ruled Oscar Pistorius had not served enough of his 13-year sentence for the 2013 killing.

Osimhen a doubt for Napoli's Champions League quarter-final against Milan
Napoli have said Victor Osimhen will be assessed next week after sustaining a thigh injury on international duty with Nigeria.

Man City v Liverpool: Preview and prediction
Manchester City are eight points behind Arsenal, and rivals Liverpool will be hoping to dash Pep Guardiola's title hopes.

France recalls for Le Sommer and Wendie Renard as new coach calls up old guard
Herve Renard was handed a clean slate by the French Football Federation and elected to recall veterans Wendie Renard and Eugenie Le Sommer.

Barry's move from Chelsea to Bayern faces delay due to potential Champions league tie
Thomas Tuchel wants Anthony Barry to join him at Bayern Munich, but the move could be delayed due to a potential Champions League clash.

Ten Hag confident Man Utd have enough goalscorers to back up Rashford
Erik ten Hag does not feel Manchester United are reliant on Marcus Rashford despite him scoring nearly a third of their goals this season.