Legenda Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei, selamat menyambut kelahiran anak lelaki ketiga bersama pasangannya, Datin Wong Mew Choo, hari ini.

Berdasarkan perkongsiannya di laman sosial, anak lelaki ketiganya itu diberikan nama Anson Lee.

Daripada perkahwinannya dengan Mew Choo sejak 9 November 2012, pasangan berkenaan turut dikurniakan dua cahaya mata lelaki, iaitu Kingston Lee (9 tahun) dan Terrance Lee (7).

"Selamat datang. Perseorangan ketiga. Terima kasih kepada isteri tercinta saya atas segala pengorbanannya," tulis Chong Wei dalam satu kiriman media sosial.

Chong Wei (40) melakar kegemilangan sejak memulakan kariernya pada 2002 dengan dikalungkan tiga pingat perak Sukan Olimpik dan tiga lagi dalam Kejohanan Badminton Dunia sebelum mengumumkan persaraannya pada 2019.