eGG Network, sebuah siaran eSukan 24/7 pertama di Asia Tenggara kini bekerjasama dengan Garena untuk menyiarkan acara League of Legends World Championship 2016 pada 30hb September sehingga 30hb Oktober 2016. Uniknya, ianya diulas secara dwi-bahasa, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

League of Legends World Championship 2016 telahpun disiar didalam definisi tinggi (HD) melalui siaran Astro eGG (808) semenjak dari 30hb September (Jumaat), 7 pagi. Acara yang akan diadakan di San Francisco ini akan dimulai dengan Peringkat Kumpulan sehingga ke peringkat Suku Akhir di Chicago. Kota metropolis New York adalah tempat untuk peringkat Separuh Akhir bagi acara ini dan pusingan yang amat dinantikan, Pusingan Akhir akan diadakan di STAPLES Centre, Los Angeles.

Komentari Bahasa Malaysia akan diulas oleh bakat dari tanah air seperti Radzi “Ikuto” Rahman, Zieqry “AddMaths”, Muhamad Ilham “Lin” Kamarudin dan juga Wan “Mushky Dimashqi. Mengikut kenyataan media Astro, dengan penyiaran acara ini, ianya menjangkakan hapir 3 Juta penonton akan menyaksikan perlawanan hebat khususnya peminat League of Legends.

[Artikel Asal Penulis di GamerMalaya.my]