Dani Alves percaya Kylian Mbappe masih belum memahami nilai permainan genius di samping Lionel Messi dan Neymar di jentera serangan Paris Saint-Germain (PSG).

Mbappe merupakan peneraju utama dalam Ligue 1 musim ini menerusi 12 gol -– lebih satu jaringan daripada pemain antarabangsa Brazil, Neymar -– manakala dia hanya memerlukan 11 jaringan lagi untuk memecahkan rekod kelab milik Edinson Cavani iaitu 200 gol.

Bagaimanapun, pemain antarabangsa Perancis itu hanya mencatat dua bantuan jaringan dalam liga utama Perancis musim ini dengan Messi (10) dan Neymar (sembilan) untuk mengumpul 19 gol antara mereka.

Alves menghabiskan dua tahun bermain bersama Mbappe dan Neymar di Paris, sementara pernah mengecapi pelbagai kejuaraan bersama Messi di Barcelona.

Bek sayap Brazil itu -- yang kini berusia 39 tahun diberi peluang untuk menjadi pemain Piala Dunia tertua negaranya -- berasakan sentuhan penyudah Mbappe yang berusia 23 tahun akan menjadi lebih tajaman seandainya dia lebih kerap membuat hantaran kepada rakan sepasukannya.

“Neymar dan Messi adalah pemain unik, mereka melihat dan melakukan perkara yang tiada orang lain nampak atau boleh lakukan,” kata Alves kepada La Gazzetta dello Sport.





“Anda perlu bijak untuk memanfaatkan potensi mereka, mereka adalah dua genius bola sepak.

"Saya fikir saya boleh menyentuh bola dengan baik tetapi ketika saya bermain dengan Leo, saya akan memberinya bola. Dan jika saya bermain dengan Ney, saya juga memberikannya bola. Jika Mbappe memberikan bola kepada kedua-duanya maka pasti dia akan meledak gol 150 gol dalam semusim.

"Seorang pemain yang hebat sentiasa perlu tahu dan memahami dengan siapa dia beraksi. Rakan sepasukan anda memperkayakan kualiti anda.

"Mbappe adalah fenomena yang masih belum memahami bahawa mereka yang bermain di jentara serangan dengannya adalah lebih fenomena daripadanya."