Kegagalan beberapa pasukan pilihan meneruskan aksi diperingkat suku akhir euro 2015 telah membuka mata ramai pihak terutama pasukan England.

Pasukan ini telah diberikan harapan untuk mengukir sejarah diera millennium. Namun harapan hanya tinggal harapan.

Walaupun dibarisi bintang-bintang ia masih tidak menjamin kejayaan sesebuah pasukan itu. Ini perlu diambil ikthbar dan pelajaran oleh kita semua terutama pihak pengurusan FAM,FMLLP serta ahli gabungan FAM.

Kita lihat sahaja England dengan nama-nama besar seperti Rooney,Kane,Hurt,Cahill,Vardy dan lain-lain. Nama yang dijulang peminat-peminat mereka dikancah liga kelas pertama namun apabila tenaga mereka digabungkan dalam pasukan negara mereka pencapaian amatlah mengecewakan.

Tidak menunjukan permainan berkualiti selain kreatifviti hilang tidak sebagaimana mereka peragakan ketika beraksi bersama pasukan kelab yang banyak dibantu oleh pemain-pemain import.

Mungkin ini kesan daripada jumlah pemain-pemain import yang berkelana dan bermain diliga tempatan England. Hilang falsafah bola sepak moden England yang cuba diterapkan Roy Hodgson.

Ini juga mungkin terjadi dengan Liga Malaysia sekirannya pihak penganjur tidak bijak untuk menagani dan mencari solusi bagaimana untuk memastikan mutu bola sepak kita terus terjamin dengan kualiti permainan serta melahirkan pemain-pemain berkualiti.

Kita tidak mahu kemudian hari menjadi satu alasan apabila kita tidak berjaya melahirkan seorang pemain penyerang yang berkaliber suatu hari nanti sebagaimana yang terjadi pada hari ini apabila setiap pasukan mengutamakan pemain-pemain import selain jurulatih yang terpaksa mengikut telunjuk majikan disebabkan ingin menjaga kerjaya tetapi lari dari falsafah dalam perjuangan untuk membantu melahirkan pemain-pemain berkualiti terutama kepada jurulatih tempatan.

Ini tidak boleh dipersalahkan kepada mereka kerana itu kehendak majikan selain ingin memuaskan keinginan segelintir pemain. Sama-samalah kita renung dan bermuhasabah memikirkan bagaimana untuk memastikan kualiti liga dan pemain seiring. Jangan jadi kulit sahaja cantik tetapi isinya kosong.