Toni Kroos menjaringkan gol serta melakukan bantuan jaringan ketika Real Madrid terus mengejar pendahulu LaLiga, Barcelona dengan mengatasi Cadiz 2-1 dalam aksi terakhir sebelum rehat Piala Dunia.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti mengalami kekalahan pertama musim ini di Rayo Vallecano Isnin lalu, namun kembali menemui rentak kemenangan dengan aksi yang lebih memberangsangkan di Santiago Bernabeu.

Eder Militao membuka jaringan dengan tandukan pada separuh masa pertama hasil hantaran silang Kroos awal pagi tadi, membenarkan pertahanan itu menjaringkan gol ketiga musim ini.

Jaringan Kroos pada separuh masa kedua memastikan kemenangan Real dan Lucas Perez sekadar menjaringkan gol saguhati buat pelawat.


Madrid kebelakangan ini gagal menghadirkan permainan terbaik dalam dua perlawanan liga terakhir mereka dan berdepan tiga perlawanan tanpa kemenangan LaLiga buat kali pertama dalam tempoh dua tahun -- kali terakhir ketika di bawah pimpinan Zinedine Zidane.

Bagaimanapun, pasukan Ancelotti bangkit untuk mencatat hanya kemenangan kedua mereka dalam lima perlawanan liga menentang Cadiz, yang hanya memenangi tiga daripada 38 kunjungan liga utama mereka ke Madrid (D5 L30).

Dengan Piala Dunia kini menjadi tumpuan utama, Ancelotti gembira untuk menuju rehat dengan kemenangan sebelum Madrid kembali merencana perancangan bagi menghadapi persaingan gelaran LaLiga bersama Barca.