Liverpool akan berentap dengan Manchester United dalam pertembungan getir Liga Perdana Inggeris (EPL) malam esok, malah bakal menyaksikan dua penyerang sensasi bersemuka.

Perpindahan Cristiano Ronaldo ke United merupakan satu kisah hebat pada lewat jendela perpindahan lalu.

Walaupun pemain berusia 36 tahun itu kembali ke England sejak berkelana pada 2009, Mohamed Salah tetap menjadi tumpuan bersama Liverpool musim ini.

Salah mendahului senarai penjaring dengan tujuh gol daripada lapan penampilan liga termasuk dua gol menarik dalam dua perlawanan terakhir -- masing-masing ketika menentang Manchester City dan Watford.

Usahanya -- yang merangkumi empat bantuan jaringan untuk mengekori rakan sepasukan Ronaldo iaitu Paul Pogba (tujuh) -- telah membantu The Reds meraih lima kemenangan dan tiga seri.








Dalam sidang akhbar pra-perlawanannya semalam, Jurgen Klopp telah diminta untuk membandingkan Salah dan Ronaldo memandangkan kedua-duanya di tahap terbaik liga dan dunia.

"Saya tidak pernah terfikir tentang itu," katanya.

"Mengapa kita perlu membandingkan Cristiano Ronaldo dan Mo Salah?

"Kedua-duanya adalah pemain bertaraf dunia dan itu sahaja. Saya mahu katakan walaupun kaki kiri Cristiano Ronaldo tidak begitu teruk, saya akan katakan kaki kiri Mo mungkin lebih baik!

"Mungkin ketika udara, Ronaldo sedikit lebih baik dan kaki kanannya juga mungkin lebih baik! Tetapi dengan kepantasan, larian mereka berdua cukup deras, mereka sangat dahagakan gol. Jadi mungkin itu sahaja tetapi saya langsung tidak pernah memikirkannya secara mendalam."