The Milwaukee Bucks tewas sekali lagi tanpa Giannis Antetokounmpo hari ini, tetapi jurulatih, Mike Budenholzer, percaya ketiadaan MVP dua kali itu akan memanfaatkan pasukannya.

The Bucks menyempurnakan perlawanan di tempat lawan ketika bertemu Dallas Mavericks, tewas 116-101 di American Airlines Center.

Antetokounmpo beraksi dalam tiga perlawanan awal dan terlepas baki tiga selepas memperoleh 47 mata ketika bertemu Portland Trail Blazers.

Pemain yang terkenal dengan jolokan 'Greek Freak' memimpin Milwaukee daripada segi mata (28.8), assist (6.2) dan rebound (11.4) setiap perlawanan.

Kecederaan lutut memberikan impak Antetokounmpo dalam bidaan memperoleh MVP ketiga berturut-turut, tetapi ia turut menjejaskan Bucks. Pasukannya meraih rekod 29-16 ketika bintang itu beraksi tetapi sekadar 3-3 tanpanya.

Budenholzer mengakui pasukannya perlu menyesuaikan diri dan bermain dengan lebih baik tanpa khidmat Antetokounmpo di gelanggang.

"Pemain lain meraih lebih banyak peluang," kata Budenholzer. "Kini mereka perlu memegang tanggungjawab besar untuk pasukan

"Kami kurang melakukan percubaan dalam perlawanan ini namun permainan pasukan semakin baik. Kami mempelajari daripada setiap perlawanan.

"Bermain tanpa Giannis, dia tidak boleh beraksi selama 48 minit, jadi saya berasakan perkara ini baik bagi kami apabila Giannis tidak beraksi dan pasukan mampu berkembang dengan pengalaman tanpa dia beraksi."