MILAN 1 NAPOLI 2

Milan melepaskan gol mudah untuk memberi laluan kepada Napoli menguasai tangga teratas.

Pengurus Milan, Stefano Pioli, menganggap barisan pemainnya lebih layak untuk mengutip tiga mata walaupun tumbang 1-2 kepada musuh Serie A itu di San Siro, awal pagi tadi.

Justeru, terbit kekesalan Pioli dan kelemahan itu segera ditekankan olehnya.

“Saya tidak berpuas hati, begitu juga pemain saya. Jika anda bermain seperti itu maka anda tidak boleh kalah. Kami hanya meledak satu gol terlalu sedikit berbanding dengan apa yang kami cipta.

"Terdapat kekecewaan, kita tidak sepatutnya kalah. Tetapi itulah caranya, kami juga akan belajar dari petang ini.

"Tetapi pemain menujukkan persembahan yang bagus," katanya kepada laman sesawang rasmi kelab Itali itu.

Tanggapan itu berdasarkan persembahan anak buahnya jitu anak buahnya, cuma beberapa kelekaan mereka dalam separuh masa kedua dihukum Napoli.

“Kami tumpas kerana dua kali tidak meletakkan kualiti dan keazaman yang diperlukan.

"Kami bermain lebih baik daripada Napoli.

"Kami tidak tewas, malangnya kami tewas di sebalik persembahan sebegitu," tambahnya.