Rekod bersih Brazil dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022 berakhir semalam selepas mereka seri tanpa jaringan dengan Colombia.

Skuad kendalian Tite memenangi sembilan perlawanan pertama dalam saingan kelayakan sebelum terpaksa berkongsi mata di Barranquilla.

Kedua-dua pasukan menghasilkan peluang dalam separuh masa pertama, namun sentuhan penyudah tidak berada di tahap teraik sekaligus menyaksikan mereka kekal tanpa jaringan.


Yerry Mina melepaskan peluang terhidang untuk memberikan Colombia gol pendahuluan namun tandukkannya tersasar, namun mereka bernasib baik apabila Lucas Paqueta gagal menyempurnakan jaringan daripada hantaran Neymar.

Kapten Brazil itu sekali lagi memainkan peranan apabila melakukan lorongan buat Fred, namun pemain tengah Manchester United melepaskan rembatan liar.

Tiada jaringan terhasil sehingga tamat permainan sekaligus menyaksikan mereka berkongsi mata.