Rafael Nadal akan bertemu Taylor Fritz dalam suku akhir Kejohanan Tenis Wimbledon selepas menandakan perlawanan grand slamnya yang ke-350 dengan kemenangan ke atas Botic van de Zandschulp awal pagi tadi.

Nadal sedang memburu keempat-empat gelaran utama musim ini dan juara dua kali Kejohanan Wimbledon itu kekal di landasan terbaik dengan kemenangan 6-4, 6-2, 7-6 ke atas Van de Zandschulp.

Pemain berusia 36 tahun itu kelihatn goyah dalam set ketiga, di mana dia terlepas kemenangan lebih awal setelah mensia-siakan tiga mata akhir.

Bagaimanapun, dia memastikan mata akhir keempatnya dimanfaatkan sepenuhnya untuk memastikan kemenangan, sekali gus akan bertemu Fritz -- yang menewaskan Jason Kubler dalam satu lagi perlawanan -- bagi penentuan ke separuh akhir.

Sebagai rekod, pemain Amerika Syarikat, Fritz, menewaskan Nadal dalam pertemuan terakhir mereka dalam Masters Indian Wells awal musim ini.